Rabu, 1 Ogos 2012

BILA SEBUT JER SIMPANAN EMAS FIZIKAL, ORANG MELAYU MESTI FOBIA..KENAPA YE??

Apa yang kami ingin kongsikan kali ini bukannya fakta yang boleh anda percaya 100% kerana ia hanyalah sekadar perkongsian yang terhasil dari pengalaman berbual dengan saudara mara, rakan sekerja, rakan sekolah, orang yang dikenali sama ada secara bersemuka, private message, telefon, sms dan lain-lain lagi.

Antara perkara yang biasa kita dengar apabila bercakap pasal simpanan emas fizikal ialah :

1) Takut kena zakat
Iye,ini duduk di ranking pertama kerana kebanyakkan dari mereka seperti "mengeluh" atau "takut" kena bayar zakat kalau simpan emas. Alhamdulillah, dari satu segi ini menunjukkan betapa orang Melayu islam disini rata-ratanya mengambil berat tentang zakat dan ini adalah perkara yang harus dipuji. Tetapi dari sudut yang lain, janganlah jadikan zakat sebagai penghalang untuk anda membuat pelaburan atau simpanan emas. Ini kerana, bukankah zakat itu suatu ibadah? Ibadah yang menyuburkan harta. Dan rata-rata masih tidak faham beza antara zakat emas yang dipakai dan emas pelaburan, uruf-uruf menurut negeri masing-masing di Malaysia dan cara mengira zakat emas yang perlu dibayar.

2) Takut kena rompak, tak tahu bagaimana nak simpan atau di mana nak simpan
Ini pun banyak feedback yang kami dapat..Bila bagi cadangan beli emas, mesti akan takut..Ish,tak maulah..takut nak simpan. Sekarang, kes curi banyak, rompak banyak..Memang tidak dinafikan risiko untuk berlaku kecurian, rompakan, kebakaran dan seangkatan dengannya memang ada tetapi cuba anda fikirkan semula, barang apa yang tidak dicuri orang kalau tidak dijaga? Dalam hal menyimpan emas, jika sedikit bolehlah diusahakan simpan di suatu tempat rahsia dalam rumah. Tapi kalau simpanan emas tu dah sampai berkilo-kilo, takkan orang sekaya anda tak mampu nak cari safe deposit. Sekarang, berlambak bank sediakan safe deposit dengan kadar yang wajar. Barang anda, menjadi tangungjawab anda menjaganya dengan baik. Jangan lupa berdoa dan bertawakkal pada Allah dalam segala hal yang kita usahakan.

3) Takut rugi yakni rasa mahal masa nak beli, rasa rugi bila jual semula
Ini selalu dibimbangi bagi mereka yang terbiasa dengan skim cepat kaya, dapat dividen bulan-bulan, atau memang tak tahu langsung pasal investment. Golongan ini tak berapa faham konsep tempoh minimun untuk dapat keuntungan dan bila masa terbaik untuk beli dan jual. Bila kita tahu penipuan wang kertas yang sudah lama bertapak dan sudah makin hampir ke penghujung hayatnya, anda akan tahu betapa bernilainya emas.

Apa yang kami dapati, kebanyakan mereka ini juga hanya tahu emas hanya sebagai perhiasan wanita dan hanya boleh di beli di kedai emas sahaja. Dan bila tahu kedai emas sahaja boleh emas, bila nak jual semula pun di kedai emas sahaja, di mana harga emas terpakai adalah 15 hingga 25% lebih rendah dari harga pasaran semasa. Begitu juga harga jualan di kedai emas yang rata-rata lebih tinggi premium dan kos upahnya. Sebab itu ilmu penting sebelum memulakan sesuatu pelaburan dan salah satu nak dapatkan ilmu kenalah membaca, bertanya dan berbincang dengan orang yang anda rasa boleh dipercayai.

4) Takut kena tipu emas palsu atau kurang ketulenannya
Ada juga yang risau ditipu. Kami ingin nasihatkan belilah dengan orang yang anda percaya, dan jangan terburu-buru mencari harga yang murah dikhuatiri ada penipuan boleh berlaku. Anda boleh rujuk senarai pengedar-pengedar yang sah sebelum anda berurusan dengan seseorang.

5) Takut bila emergency, susah nak "cairkan" pada wang kertas
Jangan bimbang, selagi emas ada di tangan anda, anda sebenarnya memiliki "ibu duit". Dengan kemudahan pajakan "Ar-Rahnu", di bank rakyat, Agro Bank, Koperasi-koperasi dan institusi yang menjalankan operasinya secara sah, anda boleh dapatkan wang dengan segera dan berpeluang menebus kembali emas anda dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

6) Takut susah nak bahagi pada anak-anak bila kita dah mati nanti
Ini mungkin jarang anda dengar tapi memang ada berlaku. Ada satu cerita dimana ibunya meninggal dunia dan meninggalkan 40 gram barang kemas dan menjadi kesulitan untuk dua orang anak lelakinya membahagikan harta itu secara adil. Kami bagi 3 solusi kepada mereka :
A. Jual pada peraih emas, dapat duit bahagi sama rata
B. Salah seorang beli emas tersebut pada harga emas terpakai dengan kiraan berat separuh dari jumlah gram keseluruhannya (tapi cadangan ini sukar dibuat kerana ketulenan barang kemas berbeza dalam kes ini)
C. Salah seorang pajak di Ar-Rahnu, ambil duit tersebut dan bayar pada seorang lagi dengan harga nilaian separuh dari nilai marhum emas yang dipajak tersebut kemudian tebus semula emas dalam jangkamasa yang ditetapkan.
Dari cerita ini, lelaki itu mengambil cara yang mula-mula kerana beliau tidak berani mengambil risiko dan cara 1 adalah cara yang paling mudah. Bagaimanapun, di sebalik cerita ini..ingin kami gambarkan betapa beruntungnya 2 orang lelaki itu kerana ibunya meninggalkan emas untuk mereka. Kerana 30-40 tahun dahulu, seandainya arwah ibunya menyimpan duit contohnya RM1000, apakah nilai kertas itu akan bertambah? Rm1000 tetap RM1000 tetapi nilai atau kuasa belinya semakin berkurang. Berbeza dengan emas fizikal yang harganya meningkat saban tahun, menjadikan pelindung inflasi harta kekayaan kita. Jadi, lebih baik simpan emas jika memang anda berhajat untuk mewariskan harta pada anak anda nanti.

Tiada ulasan: