Khamis, 16 Ogos 2012

FAHAMI JENIS TIMBANGAN LAMA EMAS

Di Malaysia terdapat beberapa jenis timbangan emas yang digunakan oleh datuk nenek kita dulu-dulu dalam pengiraan emas. Sehingga sekarang sesetengah timbangan ini masih digunakan. Contohnya di Kelantan, pengiraan emas dalam timbangan se Rial berat masih digunakan secara meluas dalam urusan jual beli emas harian.

Berikut adalah jenis-jenis timbangan lama emas untuk difahami :

Emas Se Rial = 2.70gm
Emas Se Amas = 2.551gm
Emas Se Kupang = 0.64gm
Emas 2 Kupang = 1.28gm (Kupang Terengganu)
Emas 6 Suku (1 1/2 mayam) = 5.06gm
Emas 5 Busak (1/2 mayam) = 1.69gm
Emas 1 Mayam = 3.37gm

Unit Timbangan :

16 tahil = 1 kati
1 kati = 600gm
100 kati = 1 pikul
1 pikul = 60.48kg

Unit Sukatan :

1 leng = 2 kepul
1 kal = 2 leng
1 cupak = 4 kepul
1 gantang = 4 cupak
4 cupak = ~2.8kg

Kalau anda ke Kelantan dan diberitahu harga emas adalah RM430 se Rial Berat..Apa yang anda perlu lakukan adalah RM430 dibahagikan dengan 2.70 untuk mendapatkan harga dalam gram.
Cth :
RM430 / 2.70 = RM159.26

Ok..selamat membeli emas. Kami di Tamis Gold ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin buat pembaca sekalian..

Tiada ulasan: