MENGAPA RAMAI YANG TERPENGARUH DENGAN SKIM PELABURAN EMAS??
SKIM PELABURAN EMAS jual Gold Bar pada 25% lebih tinggi dari spot price. Katakan RM 215/gram.
Contoh : Encik Ahmad beli 100gram gold bar maka harga ialah RM21,500. Hibbah yang dijanjikan ialah 2% sebulan. Nampak memberangsangkan bukan? 24% setahun, sebulan 2% dapatlah RM430.
Setahun RM5,160. Maka, berduyung-duyunglah orang yang pergi bank untuk membuat pinjaman peribadi yang faedahnya antara 4-8 % setahun.
Namun, mereka lupa banyak syarikat tempatan yang jual emas fizikal @Gold Bar seperti Tamis Town, GCP, Sri Ayu, Kelantan Gold, Public Gold, GSR dan lain-lain termasuk Pamp Suisse yang dibawa dari luar. Terdapat juga bank yang menjual jongkong emas contohnya UOB.
Sebagai contoh harga semasa Tamis Gold 100gran yang setelah ditolak komisen 2% ialah RM16,850. Jauh tak perbezaan RM21,500 - RM16,800 = RM4,650 (Dekat Facebook boleh dapat lagi murah- Rantai tangan 999 dijual pada RM16,300 - RM16,500). Itu belum lagi jikalau beli barangan kemas yang boleh dimanipulasi dalam sistem Ar-Rahnu.
Jadi, pembeli tak payah dapat hibbah pun dah dapat untung serta merta RM4,650. Maka, persoalannya macam mana mereka boleh bayar hibbah 2% sebulan tanpa ada perniagaan??
Jawapannya, ANDA SENDIRI YANG MEMBAYAR HIBBAH ANDA SENDIRI. Ia amat sesuai untuk mereka yang tidak tahu tempat membeli emas yang lebih murah. Pamp Suisse jauh lebih murah dan diakui sedunia. Carilah ilmu sebelum terjebak dalam skim pelaburan emas. Gunalah Uncle Google untuk mengetahui harga Gold Bar yang sesuai dengan pasaran semasa..
Jika nak cerita bab hukum halal haram memang diaorang tolak ke tepi, walaupun sudah ada e Fatwa Jakim yang khusus. Jadi, kami ceritalah dari sudut ilmu hisab untung rugi sahaja...
Selamat Melabur...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan