ADAT PELABURAN, ADA MASA NAIK, ADA MASA TURUN...
Emas susut lebih separuh peratus semalam, pada landasan bagi penurunan tertinggi dalam sehari selama tiga minggu ekoran laporan pasaran pekerjaan yang baik di Amerika Syarikat yang menjejaskan tarikan logam itu sebagai aset lindung nilai.
Kadar pengangguran AS secara tidak disangka turun menghampiri paras rendah dalam empat tahun iaitu 7.8 peratus pada September, yang mana ia menimbulkan persoalan sama ada langkah rangsangan yang dilakukan oleh Rizab Persekutuan berjaya merangsang pasaran pekerjaan bertahan lama seperti unjuran.
Pencetakan tunai meluas kesan polisi kewangan mudah mencetuskan pelabur mencari pelindung terhadap unjuran inflasi. Emas melonjak hampir lima peratus bulan lalu, ketika Persekutuan dan Bank Pusat Eropah (ECB) mengumumkan ransangan agresif.
"Data pekerjaan bukan pertanian yang baik menimbulkan keraguan sama ada QE3 akan bertahan dan ia meletakkan emas dalam keadaan tekanan seketika," kata Li Ning, penganalisis di Shanghai CIFCO Futures, merujuk kepada pusingan lanjut pelonggaran kewangan oleh Persekutuan.
Spot emas jatuh 0.6 peratus kepada AS$1,769.26 seauns menjelang 0624 GMT, menjauhi paras penting AS$1,800 yang kali terakhir dicapai pada November 2011. Emas menuju ke arah kerugian tertinggi dalam sehari sejak 17 September. Emas AS jatuh separuh peratus kepada AS$1,771.50.
Petunjuk teknikal mencadangkan emas spot mungkin jatuh kepada AS$1,757 seauns pada hari itu, kata penganalisis pasaran Reuters, Wong Tao. Dolar yang lebih kukuh juga memberi kesan kepada harga. Indeks dolar naik, menjauhi paras rendah dalam dua minggu yang dicatatkan pada sessi sebelumnya, dicetuskan oleh data pekerjaan kukuh dan kebimbangan krisis hutang Eropah yang semakin teruk.
"Emas menjejaki pergerakan mata wang. Sentimen bagi emas sudah lemah dan kita tidak akan menyaksikan peningkatan menegak dalam masa terdekat. Namun begitu, keyakinan pelabur terhadap emas tidak berubah." kata peniaga yang berpangkalan di Shanghai.
Pegangan dana disokong emas kekal tidak berubah pada paras rekod sebanyak 74.696 juta tan pada Jumaat lalu. Spekulator meningkatkan taruhan jangka panjang mereka dalam kontrak hadapan emas dan opsyen kepada 195,647 kontrak pada minggu yang berakhir pada 2 Oktober, tertinggi dalam lebih tujuh bulan.
"Walaupun emas menghadapi tekanan dan mungkin turun sedikit dalam jangka masa pendek, unjuran jarak sederhana dan panjang kekal baik," kata Li daripada Shanghai CIFCO.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan