Isnin, 8 Oktober 2012

JANGAN SAMPAI BERPUTIH MATA DENGAN PELABURAN EMAS

HAKIKAT PELABURAN EMAS
Mengikut rekod, purata kenaikan harga emas sepanjang 5 tahun adalah melebihi 200%. Trend ini menyebabkan ramai yang mempelbagaikan portfolio pelaburan dengan melabur dalam bentuk jongkong emas dan barang kemas.

Antara faktor kenaikan harga emas adalah kerana ia merupakan galian yang tidak boleh dicipta dan diperbaharui. Oleh sebab itu harganya akan sentiasa naik dan meningkat berdasarkan permintaan yang tinggi terhadap emas.

Selain daripada hartanah, saham amanah, simpanan di bank, dan pelbagai lagi skim pelaburan yang ditawarkan oleh institusi kewangan, emas merupakan satu lagi medium pelaburan yang memberi pulangan lumayan kepada para pelabur. Ini adalah kerana pelaburan emas adalah pelindung nilai yang kalis inflasi. Emas merupakan aset mudah tunai dan laku di seluruh dunia.

BERWASPADA TERHADAP SKIM PELABURAN EMAS
Negara-negara di dunia juga menjadikan emas sebagai rizab simpanan mereka dan Amerika merupakan penyimpan emas terbesar dunia. Ini menjadikan bahawa emas merupakan penyimpan nilai terunggul berbanding simpan wang kertas yang saban tahun menyusut nilai.

Walaubagaimanapun para pelabur dinasihatkan supaya berhati-hati dengan pelbagai skim pelaburan emas berunsur skim cepat kaya atau yang menjanjikan pulangan bulanan. Pelabur boleh menyemak sendiri senarai syarikat yang disenarai hitamlan dan telah dibekukan di www.bnm.gov.my atau www.sc.com.my.

Oleh kerana ramai yang telah ditipu oelh individu dan syarikat yang mengaburi mata masyarakat dengan pendapatan lumayan hasil pelaburan emas, maka amatlah digalakkan pelabur dan bakal pelabur mendalami ilmu tentang emas sebelum membuat keputusan untuk membuat pelaburan emas.

Tamis Town adalah syarikat yang tidak menjalankan sebarang skim pelaburan emas yang menjanjikan pulangan bulanan. Ditubuhkan bertujuan untuk menggalakkan bumiputera muslim membeli emas dengan harga rendah, menyimpan seterusnya menjalankan perniagaan.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang pelaburan emas, boleh hubungi En.Abdul Ghani di talian 019-2282277 atau boleh email ke tamis_gold@yahoo.com.

Tiada ulasan: