Harga logam itu sama ada dalam bentuk perhiasan (barang kemas), jongkong, syiling emas itu sentiasa melambung tinggi. Barang kemas umpamanya, sekitar 1990-an harganya cuma RM29 hingga RM32 segram (gm) kini mengikut harga semasa mencecah RM95 gm. Malah harganya dijangka boleh mencecah RM250 gm dalam tempoh enam bulan lagi.
Bagi sesetengah wanita, leher, telinga dan jari manis tidak dibiarkan kosong tanpa dihiasi kilauan emas. Begitulah pentingnya emas dalam kehidupan wanita, terutama dalam menyerlahkan penampilan diri. Hakikatnya, wanita dan emas amat sinonim.
Sejak berzaman, emas menjadi sebahagian daripada kehidupan wanita dan logam paling akrab dengan mereka. Tetapi kini, memiliki emas tujuan utamanya bukan lagi untuk menyaluti tubuh semata-mata tetapi lebih daripada itu.
Pakar perunding barang kemas baru dan terpakai, Md Zamri Mohammad Nazir yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Hijjaz Gold Sdn.Bhd, berkata membeli dan memiliki emas hari ini turut dilihat sebagai medium pelaburan jangka panjang yang boleh memberikan keuntungan.
Zamri berkata, senario itu sudah pun menjadi aliran sejak tiga tahun kebelakangan ini dan semakin ramai menyedari pelaburan membeli emas boleh menguntungkan khususnya, jika membeli emas padu 999 (24 karat) dan 916 (22 karat)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan