Khamis, 1 November 2012

HARGA EMAS MENINGKAT SEDIKIT

Harga emas meningkat sedikit semalam dan berada pada kedudukan kukuh untuk mencatatkan peningkatan empat bulan berturut-turut, meskipun pelabur berada di luar pasaran menjelang pengumuman data pekerjaan Amerika Syarikat dan bencana taufan Sandy.

Harga emas bergerak sekitar AS$3 selepas didagangkan pada perubahan harga yang sedikit dalam volume yang kecil pada sessi sebelumnya, apabila ribut Sandy melanda di kebanyakan kawasan di timur AS. Logam berharga itu berkemungkinan kekal pada jajaran harga yang sempit beberapa hari ini, menjelangnya pengumuman laporan utama gaji di AS dan pilihan raya presiden AS minggu depan, kata peniaga dan penganalisa.

"Terdapat banyak acara berisiko-senarai gaji bukan ladang, pilihan raya AS, perubahan kuasa di China dan mesyuarat polisi rutin oleh pelbagai bank pusat,"kata peniaga yang berpengkalan di Singapura.

Pakar ekonomi menjangkakan pertumbuhan pekerjaan AS meningkat sedikit bulan ini, tetapi tidak cukup untuk mengekang peningkatan kadar penganggurannya bagi keempat tahun. Emas meningkat 0.1 peratus kepada AS$1,711.01 seaun pada 0722 GMT, penurunan bulanan lebih tiga peratus iaitu penurunan tertinggi sejak Mei.

Emas AS diniagakan hampir tidak berubah pada AS$1,711.60. Penganalisis teknikal menjangkakan harga emas meningkat kepada AS$1,730 seaun kerana ia telah melepasi saluran penurunan sebelum ini, kata penganalisis pasaran Reuters, Wang Tao.

Pelabur menunggu keputusan pilihan raya presiden minggu depan untuk mendapatkan gambaran penuh mengenai langkah kerajaan seterusnya bagi membantu pertumbuhan ekonomi.

-REUTERS

Tiada ulasan: