Khamis, 4 Oktober 2012

Harga emas meningkat kepada landasan mencapai paras tertinggi 11 bulan pada sessi sebelumnya, disokong kelemahan dolar dan harapan pelabur terhadap langkah susulan bank pusat terhadap unjuran lemah bagi pertumbuhan ekonomi global.

Spot emas mencapai paras 11 bulan iaitu AS$1,791.20 pada Isnin berikutan peningkatan luar jangka aktiviti pembuatan AS dan gambaran jelas mengenai pelan penyelamat Sepanyol yang membantu pasaran. Kelemahan dolar menjadikan emas lebih berharga kepada pembeli yang memegang mata wang lain.

Penganalisis berkata, lebih banyak bank pusat mengikuti langkah Bank Pusat Eropah, Rizab Persekutuan (Fed) AS dan Bank of Japan untuk melaksanakan langkah rangsangan berikutnya bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi yang mana memberi manfaat kepada emas. Bank berkata, trend mengembangkan keadaan monetari akan membantu emas mencapai AS$2,000 pada separuh pertama 2013.

Bank pusat Australia memotong kadar faedah sebanyak suku mata kepada paras rendah tiga tahun iaitu 3.25 peratus susulan kelembapan ekonomi China serta kejatuhan harga eksport. Namun, emas hampir tidak bergerak apabila harga tunai didagangkan kepada AS$1,777.75 seauns pada 0629 GMT, meningkat 0.2 peratus daripada penutupan sebelumnya. Emas AS susut 0.2 peratus kepada AS$1,780.30.

"Emas terperangkap antara kelemahan dolar Australia dan pengukuhan euro selepas pemotongan kadar faedah," kata peniaga berpangkalan di Singapura.

Penganalisis teknikal menjangkakan spot emas bakal berdepan halangan pada AS$1,785, kata penganalisis pasaran Reuters, Wang Tao.

-REUTERS

Tiada ulasan: