Rabu, 19 Disember 2012

RAMALAN EMAS 2013 - PERLUKAH KITA PERCAYA???



2012 sudah hampir melabuhkan tirainya..Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk kita menginjak ke tahun baru. Sepanjang tahun ini harga emas diniagakan dalam suasana yang kurang memberangsangkan dan tidak menepati ramalan pakar sebelumnya. Ramai pelabur yang merungut dan mengeluh kerana kenaikan harga emas yang tidak memberangsangkan seperti tahun-tahun sebelum ini.

BAGAIMANA PULA TAHUN 2013?

Emas dipercayai dan dijangka akan meningkat kerana Basel Committee of Bank Supervision akan membuat penilaian semula terhadap kedudukan nilai emas. BCBS akan melaksanakan peraturan bank antarabangsa yang merancang untuk mengembalikan emas sebagai aset kelas pertama (Tier 1 asset) yang membawa nilai sebenarnya (100%) berbanding sebelum ini hanya 50% dari harga pasaran.
Di mana?

Dijangkakan pada Januari 2013, EMAS akan SAMA NILAI dengan WANG.

Bermakna : Harga emas akan meningkat 2 kali ganda pada tahun depan.

TETAPI TIDAK SEMUA PAKAR MEMBUAT RAMALAN YANG SAMA

Goldman Sachs meramalkan pelaburan emas tidak akan meningkat dan tidak akan menguntungkan pelabur. Para pelabur emas diingatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga.

JADI, YANG MANA SATU PATUT KITA PERCAYA?

Mengikut penasihat pelaburan kita perlu bijak melihat isu disebalik ramalan ini. Hal ini kerana, ramai pakar pelaburan di luar sana mempunyai agenda tertentu. Setengah dari mereka meramalkan emas akan turun dan menyarankan supaya pemegang emas menjual stok mereka. Pada ketika itu mereka akan berpeluang membeli emas pada harga yang lebih murah.

Tiada ulasan: