Rabu, 14 Ogos 2013

52 Maut Lombong Emas Runtuh di Afrika Tengah : Harga Emas Mungkin Naik Semula


BANGUI: Angka korban akibat tanah runtuh di sebuah lombong emas di Republik Afrika Tengah hujung minggu lalu, kini meningkat kepada 52 mangsa, lapor pihak berkuasa tempatan, hari ini.
Angka korban akibat tragedi tanah yang memusnahkan kawasan Ndassima di tengah-tengah negara itu, Ahad lalu adalah 37 mangsa. “Daripada 37 mangsa yang dicatatkan pada hari kejadian, jumlah semua yang dikeluarkan setakat ini ialah 52,” kata Datuk Bandar Bambari, Didier Ouangai.
“Seluruh penduduk di Wilayah Ouaka diarahkan berkabung. Orang ramai tidak berhenti menangis. Bayangkan, tujuh ahli keluarga maut sekelip mata. Ini adalah tragedi yang besar,” katanya.
Seorang lagi pegawai tempatan berkata, angka korban dibimbangi semakin meningkat apabila 64 pelombong dipercayai masih terperangkap kira-kira 18 meter di dalam lombong berkenaan. – AFP

                           


Tiada ulasan: