Sabtu, 17 Ogos 2013

andaian harga EMAS - ulangi kitaran harga 1980??


                                                

Harga emas diniagakan rendah dalam tempoh 2 minggu lepas, di mana harga susut sebanyak 85us/oz!!! Ramai mengandaikan kitaran harga emas 2011 akan mengulangi kitaran harga 1980 atau mungkin lebih rendah…

Tetapi mengikut pengalisis utama David Levenstien menerusi artikelnya “Don’t Be Fooled; This Gold Cycle Is Not The Same As 1980”!:berpendapat:

Jika benarlah kitaran harga komoditi itu akan berulang dan sama dengan pergerakan harga 1980 atau sebelumnya, maka mudahlah kita membuat duit di dunia ini…HANYA TUNGGU KITARAN ITU BERLAKU DAN AMBIL PELUANG BERURUSNIAGA MENGIKUT KITARAN ITU!!!!

Pergerakan harga emas yang sedang berlaku sekarang tidak boleh dibuat perbandingan atau kesimpulan dengan pergerakan harga 1980. Ia amat jauh berbeza.

Pada 1980 naik/turun harga emas dipengaruhi oleh beberapa peristiwa besar dunia yang berlaku pada ketika itu..
·         Penahanan askar Amerika di Iran semasa Revolusi Iran;
·         Pencerobohan  Soviet ke atas Kabul – Aghfanistan;
·         Kenaikan harga minyak yang mendadak hampir setiap minggu;
·         Kenaikan harga komoditi utama dunia termasuk emas dan perak yang tidak terkawal;
·         Kejatuhan nilai dolar telah menyebabkan kadar inflasi global meningkat hingga 10%

Tambahan pula pada ketika itu, pengetahuan tentang perkembangan ekonomi dunia begitu terhad ekoran dari system komunikasi yang terbatas. Tiada internet dan mesin faks pun, masih belum diperkenalkan lagi Komunikasi hanya melalui telefon dan telex sahaja. Dan tidak ramai di antara kita yang tidak mengetahui tentang kehebatan ekonomi Negara Cina.

Tiada ulasan: