Sabtu, 17 Ogos 2013

PERMINTAAN EMAS KEKAL TINGGI PADA 2011

                         
                                         
Mengikut sumber : World Gold Council permintaan terhadap komoditi emas kekal tinggi menjelang tahun 2011.

Pelaburan emas telah dicatatkan sejumlah 310.5 tan iaitu 26% pada suku pertama tahun 2010 tetapi menurun 5% pada suku keempat! Pelaburan paling memuncak pada suku kedua berikutan dengan krisis kewangan Negara-negara Eropah.Di mana  permintaan emas bertambah sebanyak 572.6 tan dalam tempoh April dan Jun 2010.

Harga emas didapati telah meningkat 50% dalam tempoh 18 bulan kebelakangan ini dan harga emas semasa telah melepasi 1500us/oz.

Walaupun dilihat permintaan emas masih rendah pada suku kedua tahun ini, iaitu sekitar 300 tan,  mengikut catatan sejarah permintaan emas bagi setiap suku tahun adalah tinggi.

Permintaan emas kekal meningkat walaupun dalam keadaan suasana ekonomi yang tidak menentu.

Tiada ulasan: