Isnin, 19 Ogos 2013

Bahaya Pakaikan Emas Kepada Anak Kecil

   
                                                

Sekarang ni ramai yang suka bagi baby girl dorang pakai barang kemas. Comel.. kecik2 lagi kat leher yang berkilau emas.. kat lengan yang bersinar emas. Tak salah kalau ada rezeki lebih nak laburkan kat anak – anak. Tapi dalam kita menyatakan kasih sayang dari kilauan emas pada anak kita tu tanpa sedar kita sedang dedahkan si kecil tu pada bahaya besar. Nak tahu bahaya apa??
Zaman sekarang zaman jenayah berleluasa.Rompak,ragut,samun,bunuh,culik & sebagainya hari2 kita boleh dengar, baca & tengok samada kat laman sosial, tv & akhbar. Sasaran penjenayah ni tak hanya pada golongan dewasa sahaja .Sekarang ni tak kira sekecil2 anak hinggalah sebesar2 bapa semua berisiko menjadi mangsa jenayah. Jenayah ragut, samun & rompak barang kemas ni bukan isu baru.Selalu kita dengar emak-emak, makcik,makcik,akak-akak.sahaja kena ragut & samun barang kemas.Jarang kita dengar anak-anak kecil & bayi kena ragut rantai kat leher atau kena samun gelang emas kat lengan kan?? Kes ni kita jarang dengar tapi tak semestinya tak ada berlaku rompakkan/samun/ragut kepada kanak-kanak. Ada,cuma kita dengar dari mulut ke mulut tidak sampai kepada media massa.
Bila kita pakaikan anak-anak kecil kita dengan emas yang sekarang menjadi satu benda berharga ni tanpa kita sedar kita dah dedahkan anak-anak kita kepada risiko yang besar. Penjenayah sekarang ada di mana-mana saja.. Adik den pernah cerita anak kawan dia.. kena rompak rantai emas. Nasib baik la penyamun tu tak buat apa-apa yang boleh mendatangkan bahaya kat budak tu. Cuma dia guna psykologi je nak ambil rantai emas yang budak tu pakai. Hilang emas boleh kumpul duit beli semula tapi kalau jadi apa2 pada anak.boleh ke kumpul duit beli anak yang sama kat mana-mana supermarket atau kedai runcit.
manalah tau,tetiba kita kat tepi jalan dengan anak kecik kita nak lintas jalan.. kat leher anak berkilau-kilau emas.si emak bertudung tak nampak la emas. Si peragut mesti target benda yang dia nampak jer kan?? tetiba.. dia datang rentap rantai leher anak kita, jatuh tersungkur budak tu atas jalan.datang pulak kereta lain. Ya Allah.. minta jauhkanlah dari semua tu berlaku pada kita semua tapi pada masa yang sama kita kena la ambil langkah keselamatan. Jangan mendedahkan anak kita kepada bahaya & risiko jenayah. Biar orang pandang miskin.. Tak miskin kita dengan pandangan orang tu asalkan kita semua berada dalam zon selamat.
Pada ibu bapa semua termasuk diri sendiri.Memang bila tengok anak orang di pakaikan emas kita pun nak anak kita rasa benda yang sama,tapi kita perlu imaginasi jauh kedepan. Bila terfikir semua bahaya-bahaya tu.. Takpe la.Biarlah anak ku kosong tak ber emas permata asalkan dia sentiasa selamat. Asalkan dia membesar dengan sihat, itulah hiasan paling cantik yang paling berharga dari seorang ibu kepada tubuh badan anaknya.

Tiada ulasan: